Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Mi Sedaap yang ada racun perosak tak masuk Malaysia'
Diterbitkan:  Oct 7, 2022 12:53 PM
Dikemaskini: 7:31 AM

Tiada kemasukan dua produk Mi Sedaap keluaran Indonesia yang dikesan mengandungi ethylene oxide, racun perosak yang dilarang dalam makanan, Ketua Pengarah Kesihatan Noor Hisham Abdullah.

Produk terlibat ialah Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

Katanya, ethylene oxide ialah sebatian gas kimia bersifat karsinogenik dan sering digunakan bagi menjalankan fumigasi atau pewasapan untuk membasmi makhluk perosak seperti serangga. 

Ia tidak dibenarkan diguna dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Noor Hisham Abdullah

“KKM akan terus menjalankan pemantauan di pasaran dan mengenakan tindakan tahan, uji dan lepas (TUL) di semua pintu masuk negara.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna,” katanya.

Pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat, melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan untuk sebarang makluman dan kemusykilan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS