Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: Pusat pemindahan sementara dibuka di Pontian
Diterbitkan:  Oct 6, 2022 12:43 PM
Dikemaskini: 4:43 AM

Satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Pontian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Anom dibuka semalam menjadikan mangsa banjir kilat di Johor meningkat kepada 29 orang setakat 8 pagi ini berbanding 22 orang malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam satu kenyataan memberitahu PPS yang mula beroperasi pada 4 petang itu menempatkan 19 orang daripada empat keluarga melibatkan penduduk dari Kampung Parit Haji Mohamad Sanglang.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di PPS SK Sungai Linau di Kluang yang menempatkan penduduk dari Kampung Sungai Linau menurun kepada 10 orang daripada dua keluarga pagi ini.

Banjir kilat di negeri itu berlaku berikutan hujan lebat yang turun melebihi dua jam sejak 10 pagi Ahad lepas.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS