Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenyataan rasmi Umno tak sebut syarat pada PAS - Tuan Ibrahim
Diterbitkan:  Oct 5, 2022 8:25 PM
Dikemaskini: 12:36 PM

Kenyataan rasmi Umno tidak menyebut berkaitan syarat kepada PAS untuk memulihkan hubungan kedua-dua parti, kata Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Saya tengok kenyataan rasmi dia tak ada syarat itu. 

“Jadi saya fikir kalau betul (ada) tiga syarat itu, mesti dia masuk dalam kenyataan rasmi.

“Kenyataan rasmi tak ada sebut syarat tersebut,” kata timbalan presiden PAS.

Tuan Ibrahim Tuan Man

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya berkaitan syarat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kepada mereka.

Zahid pada 2 Oktober berkata Umno menetapkan syarat-syarat utama kepada PAS iaitu keluar daripada Perikatan Nasional (PN) serta memutuskan hubungan politik dengan Bersatu.

Beberapa jam memberitahu media di Melaka itu, Zahid mengeluarkan kenyataan bertulis mengesahkan pertemuannya dengan presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk merintis semula kerjasama kedua-dua parti.

Kenyataan itu tidak menyebut berkaitan syarat kepada PAS. 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS