Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS ada 'plan B’
Diterbitkan:  Oct 5, 2022 8:04 PM
Dikemaskini: 12:31 PM

PAS mendedahkan mereka mempunyai rancangan alternatif sekiranya idea “penyatuan ummah” antara parti itu, Umno dan Bersatu tidak berjaya.

“Kalau berjaya kita terus. 

“Kalau tak, kita ada plan B (rancangan kedua),” kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dia berkata demikian dalam sidang media di lobi parlimen di Kuala Lumpur ketika ditanya bagaimana idea itu hendak dilaksanakan dalam keadaan Umno dan Bersatu tidak boleh bekerjasama.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada 2 Oktober lepas mengesahkan dia bertemu dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bagi merintis semula kerjasama dengan parti itu.

PAS dijangka mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat pucuk pimpinannya Sabtu ini, ketika Umno dan Bersatu tidak menunjukkan tanda-tanda boleh bekerjasama semula.

Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata sensitiviti dan “rasa hati” kedua-dua parti Melayu itu boleh didamaikan.

“(Kalau) nak kira sensitif, terasa hati, PAS lebih terasa hati dengan umno, 60 tahun,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS