Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tiada tunai dikeluarkan dari dua akaun bank Najib: Pengurus

BICARA 1MDB l Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dimaklumkan bahawa Najib Razak tidak pernah mengeluarkan wang tunai daripada dua akaun bank yang dikaitkan dengan kes rasuah dan penyelewengan RM2.28 bilion dana 1MDB.

Perkara itu didedahkan oleh Pengurus cawangan AmBank di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur, R Uma Devi semasa memberi keterangan pada perbicaraan ke atas bekas perdana menteri itu.

Peguam bela tertuduh, Muhammad Shafee Abdullah sebelum itu menyoal saksi pendakwaan ke-37 tersebut tentang pelbagai transaksi cek yang dibuat daripada dua akaun Najib yang berakhir dengan 694 dan 880.

Najib yang juga adalah bekas menteri kewangan memandang dari kandang tertuduh.

Akaun 694 dan 880 kemudiannya masing-masing ditutup pada 2013 dan 2015.

Sebelum ini, Uma Devi memberi keterangan bahawa pelbagai semakan terhadap organisasi politik dan individu telah dibuat antara 2011 dan 2013.

Muhammad Shafee Abdullah

Shafee: Tidak ada pengeluaran tunai?

Uma Devi: Ya.

Shafee: Jika Najib mahu berbelanja untuk dirinya, bukankah lebih baik jika ada wang tunai?

Uma Devi: Bergantung kepada seseorang itu.

Shafee: Tetapi tiada pengeluaran tunai dari akaun?

Uma Devi: Ya.

Saksi itu juga bersetuju dengan peguam bahawa Najib tidak pernah mengeluarkan cek atas namanya.

Sebelum ini, Uma Devi memberitahu mahkamah bahawa Najib telah mengeluarkan cek berjumlah RM2,494,000 kepada pelbagai pihak iaitu Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd (RM494,900), Yayasan Rahah (RM1 juta), ORB Solutions Sdn Bhd (RM450,000), Mashi Publication Sdn Bhd (RM30,000) dan Transformasi Kreatif (RM520,000).

Prosiding di hadapan hakim perbicaraan Collin Lawrence Sequerah akan bersambung petang esok.

Najib Razak

Najib, 69, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS