Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,244 kes baru, lima kematian Covid-19
Diterbitkan:  Oct 4, 2022 8:36 AM
Dikemaskini: 12:36 AM

Sebanyak 1,244 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,845,109.

Jumlah kes aktif sebanyak 23,331, turun 5.6 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

Selangor (455)

  • WP Kuala Lumpur (159)

  • Sabah (110)

  • Perak (98)

  • Kelantan (64)

  • Kedah (63)

  • Pulau Pinang (60)

  • Negeri Sembilan (55)

  • Sarawak (40)

  • Melaka (39)

  • Johor (36)

  • WP Putrajaya (25)

  • Pahang (19)

  • Terengganu (16)

  • Perlis (5)

  • WP Labuan (0)

Sebanyak lima lagi kematian dilaporkan, dengan dua orang meninggal di luar hospital (BID) melibatkan Perak (2), Johor (1), Negeri Sembilan (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sejak minggu lepas, purata 3.3 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 4.6 orang, yang menunjukkan aliran menurun.

Sementara itu, terdapat 158 laporan kematian bulan lepas dan 247 kematian pada bulan Ogos.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,380 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Seramai 968 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital dengan 46 pesakit sedang mendapat rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS