Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tuan Ibrahim: Tak boleh suruh PAS pilih BN atau PN

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin tidak seharusnya menetapkan agar PAS perlu memilih PN atau Umno dalam BN sebagai pakatan politik untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Bagi kita (PAS) umat kena bersatu, semua pihak, khsusnya PN dan BN untuk lihat masa depan.

"Saya fikir tak boleh ultimate (kata dua) bagi kita, tetapi yang penting ialah tengok masa depan, negara ini kena stabil politik," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Tuan Ibrahim berkata demikian selepas Muhyiddin mendakwa PAS akan menetapkan tarikh akhir untuk memutuskan hubungan dengan Umno tidak lama lagi.

Tuan Ibrahim bertegas agar PAS bekerjasama dengan Bersatu dan Umno demi 'perpaduan ummah'.

Katanya, masih ada masa lagi untuk PAS menyatukan kedua-dua parti itu menjelang PRU akan datang.

Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu, sebelum ini mengisytiharkan BN sebagai musuh utama PN, meski PAS mempunyai pandangan yang berbeza iaitu menganggap Pakatan Harapan (PH) musuh mereka dan bukannya BN.

[Laporan penuh menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS