Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemuda Pejuang: Situasi Bersatu akibat abai nasihat Dr M

Ketua Pemuda Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Abu Hafiz Salleh Hudin memberi gambaran bahawa situasi Bersatu hari ini merupakan akibat daripada sikap presiden parti Muhyiddin Yassin mengabaikan nasihat Dr Mahathir Mohamad berhubung kerjasama dengan PAS dan Umno.

Mengulas mengenai percanggahan Bersatu dan PAS mengenai musuh utama PRU, Abu Hafiz berkata Muhyiddin kini berada dalam keadaan terdesak.

“…Inilah akibat daripada Langkah Sheraton yang disusun dan dilaksanakan oleh Muhyiddin itu sendiri.

“Kami berikan ingatan dahulu kepada Muhyiddin bahawa kerjasama yang mereka ingin bina melalui Langkah Sheraton dengan Umno-PAS adalah berbahaya kerana mereka parti yang tak boleh dipercayai,” katanya kepada Malaysiakini.

Muhyiddin, yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) baru-baru ini mengisytiharkan bahawa musuh utama gabungan itu pada PRU akan datang adalah BN.

Muhyiddin dalam kenyataannya pada 24 Sept itu berkata ia dipersetuju oleh semua parti komponen dalam PN.

Ini meskipun PAS - rakan sekutu Bersatu dalam PN - sebelum itu menegaskan bahawa musuh utama mereka adalah Pakatan Harapan (PH) dan bukannya BN.

Abu Hafiz menyorot bahawa pengisytiharan Muhyiddin ditolak secara terang-terangan oleh parti komponennya PAS berhubung menjadikan Umno sebagai musuh utama PN.

“Maka di sini berlaku pertembungan dan kecelaruan.

“(Pada masa sama), ia menjustifikasikan kenapa kami melawan (ketika dalam Bersatu).

“Inilah ditakuti dan inilah yang ditolak oleh Dr Mahathir sebagai pengerusi Bersatu ketika itu, dan hari ni pengerusi Pejuang, bahawa Umno dan juga PAS ini adalah parti-parti Melayu yang tak boleh dipercayai, tiada prinsip dan tiada accountability dalam persahabatan untuk perbaiki Malaysia ke arah yang lebih baik,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS