Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahdzir: Umno tak pernah bincang Zahid sebagai calon PM

Umno tidak pernah membincangkan untuk meletakkan presidennya Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri bagi menghadapi PRU15, kata naib presidennya Mahdzir Khalid.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar berkata mesyuarat Umno sebelum ini telah memutuskan bahawa Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon PM ke-10 sekiranya BN memenangi PRU15.

“Setakat ini keputusan yang kita buat di peringkat parti ialah Ismail Sabri Yaakob adalah ‘poster boy’ dan calon PM selepas PRU15.

Saya sebagai naib presiden parti mengatakan tidak pernah ada mesyuarat (bagi perbincangan Ahmad Zahid sebagai PM),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tiga Tahunan Kesatuan Kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Semenanjung Malaysia Kedua di Putrajaya, hari ini.

Dia berkata demikian bagi mengulas kenyataan tular di media sosial bahawa Ahmad Zahid akan diangkat menjadi perdana menteri ke-10 pada PRU15 selain mendakwa perkara berkenaan akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 30 Sept.

Mahdzir menegaskan penularan berita berkenaan merupakan perbuatan yang cuba melaga-lagakan kepimpinan Umno oleh sesetengah pihak dengan niat tidak baik.

Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN memberi bayangan bahawa Ismail Sabri kekal sebagai “poster boy” dan calon perdana menteri daripada BN pada PRU15.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS