Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ringgit terus susut berbanding dolar AS
Diterbitkan:  Sep 26, 2022 12:40 PM
Dikemaskini: 4:40 AM

Ringgit memulakan urus niaga minggu baru dengan lebih susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, diheret turun oleh ketidaktentuan pasaran ketika unit negara maju itu terus melonjak dipacu pendirian bank pusat memperketat dasar monetari atas alasan jangkaan ekonomi global yang lebih baik.

Pada 10.39 pagi ini, ringgit susut kepada 4.5960/5980 berbanding 4.5775/5800 pada akhir urus niaga Jumaat lepas.

Sewaktu dibuka, ringgit mencecah paras 4.5910/5950 berbanding dolar AS.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS