Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP lucut keanggotaan ahli jika lompat parti - Loke

DAP akan meminda perlembagaan parti untuk memasukkan peruntukan yang melucutkan keanggotaan mana-mana ahli parlimen atau Ahli dewan Undangan negeri (Adun) yang tidak mengikuti keputusan parti.

Setiausaha Agungnya Anthony Loke mendedahkan parti itu menerima "99.9 peratus" sokongan, kecuali dua wakil yang hadir di Kongres DAP hari ini.

"Pindaan antilompat parti telah diluluskan, seperti yang dicadangkan oleh wakil-wakil parti," kata Loke.

Jelasnya, DAP akan mengemukakan pindaan perlembagaan itu kepada Pejabat Pendaftaran Malaysia (ROS).

"Kami berharap ROS akan meluluskan secepat mungkin supaya kami dapat melaksanakan pindaan ini sebelum pilihan raya umum ke-15 (PRU5)," katanya.

Langkah itu diputuskan berkaitan dengan rang undang-undang antilompat parti, yang diluluskan Dewan Rakyat pada 28 Julai.

Pindaan pertama akan melihat mana-mana anggota DAP yang merupakan ahli parlimen, Adun, atau senator yang dilantik gugur keahlian parti jika mereka gagal mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti (CEC).

Pindaan kedua akan menambah peruntukan yang menyatakan CEC boleh mengeluarkan arahan khusus kepada mana-mana wakilnya yang dipilih di Dewan Rakyat, Dewan Undangan Negeri, atau senator yang dilantik.

Semasa bacaan kedua rang undang-undang antilompat parti di Dewan Rakyat pada Julai, Menteri Undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan ahli parlimen bebas untuk menyokong parti yang berbeza, termasuk ketika mengundi di parlimen.

Tindakan sedemikian tidak akan menjadi lompat parti selagi mereka kekal dalam parti politik asalnya, katanya.

Bagaimanapun, dia menjelaskan senario itu akan berbeza jika perlembagaan parti mengharamkan tindakan sedemikian, dan membuat seseorang secara automatik "gugur" keanggotaannya apabila melanggar peraturan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS