Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DUN Sabah tak bubar walau PM bubar parlimen tahun ini
Diterbitkan:  Sep 25, 2022 3:05 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

DUN Sabah tidak akan bubar walaupun jika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob membubarkan parlimen tahun ini.

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dalam menegaskan perkara itu berkata kerajaan negeri pimpinannya masih mempunyai tiga tahun lagi untuk melengkapkan tempoh satu penggal.

"Bagaimanapun, ada yang mengatakan DUN Sabah (dibubarkan) ini tidak benar kerana kita masih mempunyai tiga tahun lagi untuk mentadbir negeri ini.

"Ada pihak yang mendakwa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan Oktober ini dan ada yang mengatakan ia akan diadakan tahun depan tetapi apa sahaja yang GRS sudah bersedia," kata pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu, lapor Astro Awani.

Hajiji juga dipetik berkata semua parti komponen GRS, termasuk Bersatu dan Parti Bersatu Sabah (PBS) bersetuju untuk menggunakan lambang gabungan itu dalam menghadapi PRU15.

Dalam perkembangan berkaitan, Hajiji memaklumkan, kerajaan GRS-Barisan Nasional meraikan ulang tahun keduanya esok (26 Sept).

"Apa yang penting ialah kita terus memperkukuhkan GRS, gabungan yang mewakili rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah," katanya lagi.

Untuk rekod, Kedah, Pulau Pinang, Kelatan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan mengumumkan tidak akan mengadakan pilihan raya negeri, jika PRU15 diadakan lebih awal.

Kedah, Terengganu dan Kelantan diterajui oleh PAS yang juga sebahagian kerajaan pusat. Manakala, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan pula ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS