Paling Popular
Terkini
story images
story images

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengesahkan pejabatnya di Shah Alam ‘diserbu’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Isnin lalu.

Datuk Bandar Shah Alam, Zamani Ahmad Mansor mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini.

Bagaimanapun, Zamani berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan tujuan serbuan tersebut dilakukan.

“Ya (SPRM buat serbuan di pejabat MBSA).

“Berkenaan dengan perkara ini (serbuan SPRM), kita masih tunggu laporan SPRM takut salah fakta,” katanya kepada Malaysiakini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengesahkan sekiranya terdapat serbuan SPRM di MBSA pada Isnin.

Malaysiakini difahamkan oleh salah seorang wakil rakyat PKR yang enggan namanya disebut bahawa ‘serbuan’ itu dilakukan mungkin berkaitan dengan projek tebatan banjir.

Sementara itu Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, mengesahkan setakat ini tiga orang ditahan ekoran serbuan tersebut.

Memberitahu Malaysiakini, Hishamuddin berkata, ketiga-tiga individu terbabit kini direman selama tujuh hari.

“Mereka ditahan reman untuk membantu siasatan SPRM,” katanya.

Menurut pegawai kanan SPRM itu, serbuan tersebut dibuat berhubung projek berkaitan banjir di Shah Alam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS