Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bersih: Buat PRU awal demi kepentingan politik tak bertanggungjawab
Diterbitkan:  Sep 21, 2022 6:09 PM
Dikemaskini: 10:09 AM

Menggesa pilihan raya awal demi kepentingan politik sehingga mengancam keselamatan rakyat adalah tindakan 'tidak bertanggungjawab', kata badan pendesak pembaharuan pilihan raya Bersih.

Pengerusi Bersih Thomas Fann juga menegaskan bahawa perbelanjaan yang tidak perlu menggunakan wang pembayar cukai lebih baik digunakan untuk memulihkan ekonomi, dan membina infrastruktur.

“Seruan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada musim banjir bukan sahaja meningkatkan kos logistik untuk menjalankan pilihan raya di tengah-tengah banjir di beberapa kawasan, tetapi ia juga akan menjejaskan peratusan keluar mengundi, seperti mengharungi banjir atau pun keluar dalam hujan mungkin tidak menggalakkan sesetengah orang untuk mengundi.

"Untuk mengadakan pilihan raya yang menambah kesahihan mana-mana kerajaan yang dipilih, peratusan keluar mengundi yang tinggi adalah perlu. Kerajaan yang menang dengan peratusan keluar mengundi yang sangat rendah akan mempunyai mandat yang lemah untuk mentadbir, dan berkemungkinan besar akan menghadapi kesukaran dalam melaksanakan dasar yang sukar, tetapi diperlukan," kata Fann kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

"Kerajaan sebegini akan meneruskan dasar populis yang memudaratkan masa depan jangka panjang negara," tambahnya.

Fann mengulas kenyataan bekas timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini yang menyatakan bahawa mengadakan PRU pada musim tengkujuh akan menyebabkan kerajaan menanggung kos 10 peratus lebih daripada biasa dalam mengadakan pengundian, terutamanya jika ia melibatkan pusat pengundian tertutup.

Menurutnya, ini berikutan elaun tambahan untuk pekerja, serta persiapan proses pengundian baru bagi menggantikan yang terpaksa dihentikan akibat banjir.

Katanya, selain itu, penyediaan payung di setiap pusat mengundi, jentera berat untuk mengangkut peralatan di kawasan banjir, dan makanan untuk pekerja pusat mengundi juga akan menyumbang kepada kos tambahan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menganggarkan PRU15 dijangka menelan kos sekitar RM1 bilion, dua kali ganda daripada RM500 juta yang dibelanjakan untuk menjalankan pilihan raya pada 2018.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS