Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPR berkuasa tangguh proses undi jika banjir
Diterbitkan:  Sep 21, 2022 2:04 PM
Dikemaskini: 6:04 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa untuk menangguhkan proses pengundian di mana-mana pusat pengundian yang terpaksa ditutup akibat banjir dan dinaiki air jika pilihan raya diadakan pada musim tengkujuh.

Bekas timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berkata ini adalah mengikut undang-undang Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, yang memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk berbuat demikian.

“Jika air naik semasa proses mengundi sedang berjalan, SPR boleh mengeluarkan keputusan menangguhkan pengundian kepada satu hari lain yang ditetapkan dan perlu diwartakan.

“SPR akan mengeluarkan arahan kepada pegawai pengurus pilihan raya terlibat supaya mengarahkan semua ketua tempat mengundi mengambil tindakan memberhentikan pengundian,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia dalam satu temu bual yang diterbitkan hari ini.

Bagaimanapun, Wan Ahmad mengakui kos menguruskan PRU ketika hujan atau banjir, akan meningkat sedikit sekitar 10 peratus untuk seluruh negara jika ada t pusat-pusat mengundi yang terpaksa ditutup.

Katanya, jika pusat mengundi terpaksa ditutup dan proses pengundian di setiap saluran pengundian ditangguh, peningkatan kos melibatkan tambahan sedikit elaun kepada petugas dan persiapan untuk penyediaan proses pengundian baharu bagi menggantikan mana-mana pusat pengundian yang ditutup.

“Tambahan kos seperti keperluan untuk menyediakan payung-payung di setiap pintu masuk pusat mengundi, kos menyewa pengangkutan berat untuk membawa peralatan keluar dari kawasan banjir ke tempat selamat dan kos tambahan peruntukan elaun dan makanan kepada para petugas.

“Persediaan dan kos peralatan dan logistik lain tidak berubah seperti peti undi, kertas undi, borang-borang, pencil, pembaris, dakwat, bekalan makanan dan lain-lain semua tetap sama,” katanya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS