Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 1,667 kes baru, tujuh kematian
Diterbitkan:  Sep 21, 2022 9:03 AM
Dikemaskini: 1:03 AM

Sebanyak 1,667 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,821,864.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 24,715, turun 8.7 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (358)

  • Kuala Lumpur (319)

  • Perak (170)

  • Sabah (158)

  • Sarawak (132)

  • Kedah (109)

  • Kelantan (79)

  • Pulau Pinang (77)

  • Melaka (57)

  • Negeri Sembilan (52)

  • Johor (51)

  • Pahang (37)

  • Terengganu (33)

  • Putrajaya (26)

  • Perlis (7)

  • Labuan (2)

Sebanyak 7 lagi kematian dilaporkan, dengan dua kes mati ketika dibawa (BID) ke pusat kesihatan atau hospital.

Sejak minggu lepas, purata 4.7 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula adalah sebanyak 6, yang menunjukkan trend penurunan.

Negeri yang mencatatkan kematian paling tinggi semalam adalah di Kedah dan Selangor dengan masing-masing menyaksikan dua kematian. Kematian lain berlaku di Johor (1), Negeri Sembilan (1) dan Sabah (1) .

Sejak wabak itu melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,324 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,079 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 59 sedang mendapat rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS