Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Wakil PAS dalam kerajaan akan utarakan agar PRU tak dibuat tahun ini'

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata wakil parti yang berada dalam gabungan kerajaan akan mengutarakan pendapat supaya PRU15 tidak dilaksanakan tahun ini.

“Dalam suasana hari ini, tidak perlu lagilah mengadakan PRU15 terutamanya waktu (hampir musim) banjir, kita sudah tahu akan banjir dan ia akan menyukarkan dalam kalangan yang menguruskan pilihan raya itu nanti,“ katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Dwibulanan Agensi Hal Ehwal Agama dan Amanat Menteri, di Kuala Lumpur hari ini.

Idris berkata PAS tidak akan membubarkan DUN di Kedah, Kelantan dan Terengganu sehingga sekitar Mac 2023, apabila penggal DUN tamat.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata perkara berkaitan PRU15 akan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet pada Rabu ini, selain perkembangan ekonomi negara.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS