Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PKR mengaku jadi penyamun, sindir Puad
Diterbitkan:  Sep 20, 2022 10:06 AM
Dikemaskini: 2:08 AM

Pemimpin Umno, Puad Zarkashi menyindir PKR berhubung lagu kempennya yang dinyanyikan oleh pemimpin tertinggi parti itu, Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Ahli majlis tertinggi Umno itu berkata, menerusi lagu berkenaan, PKR mengaku bahawa mereka adalah penyamun.

“Tadi, dengar juga lagu PKR 'Akulah Penyamun'. Geli-geleman tengok Anwar dan Rafizi menyanyi ramai-ramai.

“Elok lagu tu. PKR mengaku jadi penyamun. Anwar siap berdiri menyanyi.

“Patut mereka tambah pada lirik lagu tu "akulah penipu, pemfitnah, perogol dan peliwat".

"Baru lengkap. Lain kali buat pula lagu aku PM tepi. Memang PKR kaki nyanyi rakyat," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kenyataan itu merujuk kepada lagu kempen PKR bertajuk “Aduh Malaysia” yang digubah oleh penyanyi rap Altimet.

Altimet menyertai PKR awal tahun ini.

Diubahsuai daripada lagu dalam filem Allahyarham P Ramlee - Ali Baba Bujang Lapok pada 1961 - lagu itu berkisar dan menyindir golongan perasuah di negara ini.

Terbaru Anwar dilihat menyanyikan lagu berkenaan pada program Piknik Rakyat anjuran PKR di Port Dickson pada 17 Sept lalu.

Pemimpin PKR itu menyanyikan lagu itu, dengan bait-bait liriknya berbunyi: “Hoi hoi ya hoi / Siapa sokong penyamun / Hoi bangun kian lama mengelamun / Duit kau hangus, semua dia sapu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS