Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 1,307 kes baru, lima kematian
Diterbitkan:  Sep 20, 2022 8:55 AM
Dikemaskini: 12:56 AM

Sebanyak 1,307 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,820,197 kes.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kes aktif Covid-19 kini berjumlah 25,083, turun 8.2 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (312)

Kuala Lumpur (200)

Sabah (144)

Negeri Sembilan (123)

Perak (119)

Kedah (78)

Kelantan (58)

Johor (51)

Pulau Pinang (50)

Sarawak (50)

Melaka (37)

Terengganu (34)

Pahang (27)

Putrajaya (17)

Perlis (5)

Labuan (2)

Lima lagi kematian direkodkan semalam, dengan satu daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).

Johor mencatatkan tiga kematian, manakala Kedah dan Sabah masing-masing mencatatkan satu kematian.

Sepanjang minggu lalu, purata lima orang meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata enam orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini mula melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,317 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Seramai 1,160 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 55 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Sabah (58) diikuti Selangor (58) dan Perak (29).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS