Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: 1,639 kes baru, empat kematian
Diterbitkan:  Sep 19, 2022 8:51 AM
Dikemaskini: 12:51 AM

Sebanyak 1,639 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,818,890.

Jumlah kes aktif pula adalah sebanyak 25,611, turun 7 peratus berbanding dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri adalah seperti berikut:

  • Selangor (659)

  • Kuala Lumpur (295)

  • Sabah (137)

  • Perak (108)

  • Negeri Sembilan (70)

  • Sarawak (60)

  • Pulau Pinang (57)

  • Kedah (55)

  • Johor (48)

  • Melaka (46)

  • Kelantan (36)

  • Pahang (32)

  • Putrajaya (19)

  • Terengganu (13)

  • Labuan (3)

  • Perlis (1)

Sebanyak 4 lagi kematian dilaporkan semalam, dengan satu kes mati ketika dibawa (BID) ke hospital atau pusat kesihatan. Negeri yang mencatatkan kematian adalah masing-masing satu di Melaka, Perak, Sabah dan Selangor.

Sejak minggu lalu, purata 4.6 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 6.1, yang menunjukkan trend penurunan.

Sejak wabak itu melanda negarapada Mac 2020, sebanyak 36,312 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,143 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 60 daripada merela berada di wad rawatan rapi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS