Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,375 kes baru, tiga lagi kematian
Diterbitkan:  Sep 16, 2022 8:38 AM
Dikemaskini: 12:38 AM

Sebanyak 2,375 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,813,702.

Jumlah kes aktif sebanyak 27,205, turun 12.7 peratus berbanding 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

  • Selangor (683)

  • WP Kuala Lumpur (458)

  • Sabah (230)

  • Perak (221)

  • Melaka (113)

  • Pulau Pinang (108)

  • Sarawak (106)

  • Negeri Sembilan (84)

  • Kelantan (74)

  • Johor (71)

  • Kedah (70)

  • Pahang (69)

  • WP Putrajaya (47)

  • Terengganu (28)

  • Perlis (9)

  • WP Labuan (4)

Sebanyak tiga lagi kematian di hospital dilaporkan, melibatkan satu kes di Kelantan, Selangor (1) dan Kuala Lumpur (1).

Sejak minggu lepas, purata 4.1 orang dilaporkan meninggal dunia, sementara purata untuk 30 hari pula sebanyak 6.6, yang menunjukkan aliran menurun.

Terdapat 247 laporan kematian bulan lepas dan 204 kematian pada bulan Julai.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,299 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,232 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 53 orang di ICU.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS