Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mangsa banjir kilat Seri Gading kini 255 orang

Mangsa banjir kilat di kawasan Sri Gading dekat Batu Pahat, Johor meningkat kepada 255 orang setakat lapan malam ini berbanding 204 yang direkodkan pagi tadi.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Johor, terdapat peningkatan mangsa dari Kampung Baru Seri Gading, antara lima kawasan yang terjejas banjir.

Setakat ini, sebanyak 72 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading.

Turut terjejas penduduk Taman Sri Panchor, Kampung Sengkuang, Pekan Sri Gading dan Kampung Sri Tanjung.

Semalam, hujan lebat tanpa henti berlaku di daerah itu dari 1.30 hingga 5.30 pagi dan bertembung dengan air pasang.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS