Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Bendera Selangor dikibar separuh tiang mulai Sabtu hingga Isnin
Diterbitkan:  Sep 15, 2022 11:21 AM
Dikemaskini: 3:30 AM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan supaya bendera negeri Selangor dikibarkan separuh tiang bermula Sabtu hingga Isnin (17 hingga 19 Sept) bagi menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Haris Kasim berkata titah itu juga bagi menzahirkan hubungan baik Sultan Sharafuddin dengan Ratu Elizabeth II.

“Selaras dengan titah tersebut, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bermesyuarat semalam telah menjunjung titah dan mengarahkan agar semua jabatan dan agensi di Selangor mengibarkan bendera negeri Selangor separuh tiang atas perkenan Sultan Selangor,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 Sept lepas.

Menurut laporan media, jasad Ratu Elizabeth II kini berada di London dan ditempatkan di Istana Buckingham sehingga istiadat pemakaman negara di Westminster Abbey pada 19 Sept.

Jasad baginda akan dimakamkan bersebelahan makam suaminya, mendiang Putera Philip.

Baginda ialah raja kedua paling lama menduduki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Perancis Louis XIV.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS