Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,431 kes baru, lima kematian Covid-19
Diterbitkan:  Sep 15, 2022 8:51 AM
Dikemaskini: 12:51 AM

Sebanyak 2,431 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,811,327.

Jumlah kes aktif sebanyak 26,299, turun 16.4 peratus jika dibandingkan dengan 14 hari lalu.

Jumlah kes baru berdasarkan negeri:

  • Selangor (720)

  • WP Kuala Lumpur (452)

  • Perak (234)

  • Sabah (219)

  • Sarawak (112)

  • Pulau Pinang (108)

  • Negeri Sembilan (105)

  • Kedah (100)

  • Melaka (82)

  • Kelantan (78)

  • Johor (64)

  • Pahang (64)

  • WP Putrajaya (46)

  • Terengganu (34)

  • Perlis (9)

  • WP Labuan (4)

Sebanyak lima lagi kematian dilaporkan, dengan dua kes meninggal di luar hospital.

Perak merekodkan tiga kes kematian, diikuti Sabah (1) dan Sarawak (1).

Sejak minggu lepas, purata 4.9 orang dilaporkan meninggal dunia manakala purata untuk 30 hari pula sebanyak 6.8, yang menunjukkan aliran menurun

Terdapat 247 laporan kematian bulan lepas dan 204 kematian pada bulan Julai.

Sejak pandemik melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,296 kematian akibat Covid-19 direkodkan.

Sebanyak 1,206 pesakit Covid-19 yang sedang menerima rawatan di hospital dengan 62 orang di ICU.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS