Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Harga RON97 turun 5 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit petrol RON97 akan turun lima sen daripada RM4.20 kepada RM4.15 seliter manakala RON95 dan diesel tidak berubah bermula esok hingga 21 Sept ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini berkata bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, RON95 dan diesel masing-masing akan kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter walaupun harga pasaran sebenar kedua-dua bahan api itu telah meningkat melebihi paras harga siling semasa.

Menurut kementerian, harga baru itu berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS