Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kemunculan pertama Sultanah Kelantan jadi tarikan
Diterbitkan:  Sep 14, 2022 11:05 AM
Dikemaskini: 8:06 AM

Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah semalam berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian, di Kota Bharu.

Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan rombongan beberapa ahli pertubuhan PKDK itu diketuai oleh Presidennya Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz.

Turut hadir Tengku Sri Kelantan D' Raja Kelantan Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.

Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan pada majlis itu.

Sebagai rekod, ini merupakan kemunculan pertama Sultanah Nur Diana Petra di Istana Negeri selepas Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lepas.

- Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS