Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Sebuah kumpulan alam sekitar terkenal mendakwa pemaju melanggar perintah mahkamah supaya pembangunan di kawasan hutan Bukit Cherakah, Shah Alam dihentikan sementara.

Justeru itu pasukan undang-undang Khazanah Alam Malaysia (Peka) berkata akan memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap pemaju hujung minggu ini.

Berdasarkan keputusan 11 Jun lalu, sebahagian daripada Hutan Simpan Bukit Cherakah kekal diwartakan sementara menunggu cabaran undang-undang yang dikemukakan terhadap penyahwartaannya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan permohonan Peka dan Persatuan Hutan Komuniti Shah Alam (SACF) untuk menangguhkan sementara rancangan kerajaan Selangor untuk meneruskan pemansuhan warta tersebut.

Penyahwartaan merujuk kepada penghapusan perlindungan undang-undang terhadap pembangunan berhubung sesuatu kawasan hutan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS