Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Biden terima jemputan rasmi upacara pengebumian Ratu Elizabeth

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden secara rasmi menerima jemputan untuk menghadiri upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II Britain pada 19 Sept.

Beliau akan ditemani oleh wanita pertama Jill Biden, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Rumah Putih pada Ahad.

"Upacara pengkebumian negara akan berlangsung di Gereja Westminster pada Isnin 19 September jam 1100 malam BST," umum Istana Buckingham pada Sabtu.

Ratu Elizabeth II, raja paling lama berkhidmat di United Kingdom, mangkat pada Khamis di kediaman musim panasnya di Istana Balmoral, Scotland pada usia 96 tahun selepas 70 tahun menduduki takhta.

Keranda baginda tiba di Istana Holyroodhouse di Edinburgh, ibu negara Scotland pada Ahad dan seterusnya akan dibawa ke Lapangan Terbang Edinburgh pada Selasa untuk diterbangkan ke London.

Ia akan ditempatkan di Dewan Westminster untuk orang ramai memberi penghormatan sehingga pengebumian negara itu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS