Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Saya bukan menentang Statut Rom, cuma kita tidak bersedia’
Diterbitkan:  Sep 12, 2022 1:31 PM
Dikemaskini: 5:31 AM

Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Rahmat Mohamad menyatakan dia tidak menentang Statut Rom.

Sebaliknya, tujuan dia menulis kertas bantahan ratifikasi Malaysia kepada Statut Rom pada 2019 disebabkan persiapan yang diperlukan masih belum selesai ketika itu.

“Orang salah faham terhadap saya, mereka anggap saya menentang Statut Rom. Bukan begitu. Saya langsung tidak membantah empat jenayah besar itu,” jelas Rahmat ketika ditemubual oleh Malaysiakini baru-baru ini.

Statut Rom yang telah diratifikasi oleh 123 negara adalah perjanjian untuk mewujudkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang memberi fokus terhadap penghapusan etnik, jenayah kemanusiaan, jenayah perang dan jenayah pencerobohan.

Peranan ICC ini hanya menyiasat dan mendakwa jenayah sedemikian apabila terdapat negara yang tidak mampu atau mahu melakukannya.

Pakatan Harapan ketika mengambil alih kerajaan pada pilihan raya tahun 2018 mahu meratifikasi beberapa perjanjian antarabangsa termasuk Statut Rom.

Rahmat berkata, keinginan Malaysia untuk dikenali sebagai negara mesra terhadap hak asasi manusia adalah tindakan yang wajar, namun beberapa proses perlu diberi perhatian terlebih dahulu sebelum menandatangani perjanjian antarabangsa itu.

Kebimbangannya ketika itu apabila negara tidak menyelesaikan proses itu terlebih dahulu, maka dia beranggapan bahawa negara belum bersedia menandatangani perjanjian berkenaan.

“Sekiranya kamu berpihak kepada Statut Rom, kamu mesti melindungi undang-undang tempatan. Apabila mereka umumkan, bukan terus terpakai.

“Dalam kes ini, kita perlu membawa ke Parlimen bagi memastikan peruntukan dalam Statut Rom boleh dilaksanakan,” kata Rahmat.

Contoh, katanya adalah Kanun Keseksaan yang tidak ditakrifkan sebagai jenayah hak asasi manusia dan penghapusan etnik, yang adalah dua daripada empat jenayah antarabangsa yang difokuskan dalam Statut Rom.

Badan kehakiman perlu diberi pencerahan tentang cara perjanjian itu diguna pakai, bahkan Majlis Raja-Raja juga hendaklah dirujuk dalam hal ini, kata Rahmat.

“Jadi, adakah kita bersedia.

“Itu yang dibimbangkan dan sebab itu saya bantah. Sebab terlalu banyak perkara asas yang tidak dibentangkan sebelum menyatakan hasrat bahawa kita sudah bersedia”, tambahnya lagi.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS