Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,483 kes baru Covid-19, tiga meninggal dunia
Diterbitkan:  Sep 12, 2022 9:01 AM
Dikemaskini: 1:01 AM

Sebanyak 1,483 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 4,805,107 kes.

Menurut data yang dikeluarkan Kementerian kesihatan (KKM), kes aktif kini berjumlah 26,339, turun 16.6 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (328)

Selangor (268)

Perak (138)

Sabah (127)

Negeri Sembilan (110)

Sarawak (86)

Johor (73)

Melaka (67)

Pulau Pinang (63)

Kedah (54)

Pahang (49)

Putrajaya (43)

Kelantan (37)

Terengganu (26)

Perlis (12)

Labuan (2)

Tiga lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di mana satu daripadanya berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).

Sepanjang minggu lalu, purata lima orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, berbanding purata tujuh orang dalam tempoh 30 hari lalu, yang menunjukkan trend penurunan.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,280 kematian direkodkan di seluruh negara.

Seramai 1,241 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 68 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (77) diikuti Sabah (68) dan Johor (54).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS