Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno Kedah konsisten tuntut SUA PAS mohon maaf secara rasmi

Umno Kedah tetap berpendirian PAS perlu mengemukakan permohonan maaf secara rasmi kepada mereka berhubung jemputan ke Muktamar Tahunan PAS 2022.

Mengambil pendekatan tunggu dan lihat, Pengarah Komunikasi BN Kedah, Shaiful Hazizy Zainol Abidin (gambar, bawah) sehingga kini belum ada permohonan maaf dari PAS mengenai jemputan menghadiri muktamar Kota Sarang Semut, Alor Setar, pada akhir minggu lalu.

"Umno Kedah masih berpendirian setiausaha agung PAS perlu mohon maaf secara rasmi kepada Perhubungan Umno negeri Kedah.

"Memang tidak ada jemputan (untuk Umno Kedah), jemputan hanya untuk (Umno) pusat.

"Sekarang belum ada apa-apa perkembangan (permohonan maaf dari PAS)," katanya kepada Malaysiakini.

Pada 5 Sep lalu, Shaiful Hazizy berkata dakwaan yang dibuat PAS mengenai jemputan tersebut adalah serius dan mereka tidak menganggapnya remeh sehingga tidak perlu diperbesarkan.

Katanya Umno Kedah memang konsisten menafikan mereka ada menerima jemputan daripada PAS untuk menghantar wakil bagi menghadiri majlis perasmian muktamar terebut.

Menurut Shaiful Hazizy, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan jelas menyebut jemputan berkenaan memang dibuat secara fizikal kepada Badan Perhubungan Umno Kedah namun mendakwa keadaan sebenar adalah sebaliknya

"Saya sentiasa konsisten bahawa tiada sebarang jemputan, dalam sebarang medium, untuk Perhubungan Umno Kedah seperti yang didakwa Setiausaha Agung PAS,” katanya yang dipetik Umno Online.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS