Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dos penggalak pertama untuk kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun
Diterbitkan:  Sep 7, 2022 5:05 PM
Dikemaskini: 10:16 AM

Menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan pemberian dos penggalak pertama untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun.

Khairy berkata, kumpulan kanak-kanak ini berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk kerana varian Omicron lebih mudah berjangkit dan menyebabkan kemasukan ke hospital.

"Kekebalan sistem imun yang berkurangan dari semasa ke semasa, ditambah dengan pengelakan imun oleh varian Omicron, akan menyebabkan keberkesanan vaksin juga berkurang.

"Kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun dengan komorbiditi atau imunokompromi (imun yang lemah) adalah kumpulan kanak-kanak yang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

"Pemberian dos penggalak pertama akan dapat meningkatkan keberkesanan vaksin terhadap penyakit teruk yang disebabkan oleh varian Omicron dan boleh diberikan dalam tempoh 6 hingga 9 bulan selepas penerimaan dos vaksin terakhir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata vaksin Covid-19 kini turut ditawarkan kepada kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun dengan komorbiditi atau imunokompromi (imun yang lemah) yang teruk.

“KKM telah memulakan proses perolehan vaksin Covid-19 dengan formulasi khusus untuk kumpulan kanak-kanak ini,” jelasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS