Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Projek LCS tak lagi ditangguh walau 2 kontraktor ditamatkan kontrak'
Diterbitkan:  Sep 7, 2022 10:47 AM
Dikemaskini: 2:47 AM

Tidak akan ada lagi penangguhan dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) walaupun Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) telah menamatkan kontrak dua kontraktornya.

Jaminan itu diberikan BNS selaku kontraktor utama projek tersebut, susulan penamatan kontrak Contraves Advanced Devices Sdn Bhd (CAD) dan Contraves Electrodynamics Sdn Bhd (CED).

Dua syarikat itu bertanggungjawab dalam pemerolehan peralatan dari pengeluar peralatan asal (OEM) untuk pembinaan kapal. Baru-baru ini, di tengah dakwaan sekitar skandal projek itu, Surat Anugerah (LOA) dibatalkan.

"Kami tidak melihat penamatan kontrak CAD dan CED akan menangguhkan projek.

"BNS komited untuk menyiapkan kapal mengikut jadual yang baru, yang akan dirundingkan dengan kerajaan.

"Penamatan (LOA) akan membolehkan BNS berunding secara terus dengan OEM terlbat dan ini boleh dilakukan mengikut cadangan tempoh penyiapan kapal," kata CEO BNS Azhar Jumaat seperti dipetik The Edge.

Zahar bagaimanapun berkata OEM dalam kontrak semasa akan kekal terlibat dalam projek itu kerana BNS hanya menamatkan kontrak syarikat perantara.

"Penamatan kontrak hanya merujuk kepada penyingkiran perantara. Kita tidak menggantikan OEM yang dilantik melalui CAD dan CED. Maka tiada isu pelantikan kontraktor baru.

"Tiada kos tambahan bagi kerajaan (untuk menyiapkan kapal) susulan penamatan kontrak CAD dan CED," kata Azhar.

Pada 8 Ogos, Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein berkata dia mejangka kapal pertama akan disiapkan dalam tempoh dua tahun. Sasaran asal penyiapannya adalah 2019.


PANDUANKINI | Menyelami skandal LCS bernilai RM9 bilion


Hishammuddin berkata kapal pertama itu tidak melibatkan peruntukan baru daripada kerajaan dan "kos tambahan" projek LCS hanya akan dipertimban selepas kapal tersebut diserahkan kepada kerajaan.

Sesi lawatan media di gudang pembinaan LCS di Lumut, Perak pada Ogos lalu menunjukkan lima kapal sedang dalam pembinaan, dengan kapal pertama hanya siap 60 peratus setakat April.

Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan peningkatan kos sehingga RM1.4 bilion dalam projek bernilai RM9 bilion itu, dengan RM6 bilion sudah dibayar pada 2020.

Bagi lima lagi kapal, Azhar sebelum ini berkata LCS2 sudah siap 48 peratus, LCS3 (43 peratus), LCS4 (36 peratus), LCS5 (22 peratus), manakala LCS6 belum mula dibina.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS