Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hasrat Muda sertai PH 'usik kenangan' PSM dengan Pakatan Rakyat
Diterbitkan:  Sep 6, 2022 5:10 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Hasrat Muda menyertai Pakatan Harapan (PH) nampaknya mengusik kenangan Timbalan Pengerusi PSM S Arutchelvan berhubung pengalaman partinya dengan Pakatan Rakyat (PR) satu ketika dulu.

Arulchelvan berkata, ketika partinya diminta mengisytiharkan bahawa mereka mahu menyertai PR, tiada jawapan yang jelas yang diberikan daripada gabungan itu.

Justeru, Arulchelvan berharap nasib Muda akan lebih baik berbanding mereka selepas parti baru itu menyuarakan hasrat menyertai PH.

“Sebelum ini, semasa PR (Pakatan Rakyat), PR meminta kami mengisytiharkan kami mahu menyertai gabungan itu.

“PSM kemudiannya mengadakan kongres parti, sama seperti Muda, dan selepas membuat keputusan dan menghantar surat rasmi bahawa kami bersetuju untuk menyertai PR, mereka membiarkan kami dalam keadaan yang tidak jelas sehingga pilihan raya tiba,” katanya.

"Sehingga pilihan raya, majlis presiden (PR) tidak pernah membuat keputusan. Harap nasib Muda lebih baik," tambah Arulchelvan.

Awal hari ini, Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata parti itu sudah menyampaikan hasrat untuk menyertai PH.

Menurutnya, rundingan tidak rasmi berhubung perkara itu telah diadakan dengan pimpinan PN.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS