Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,486 kes baru Covid-19, empat kematian dilaporkan
Diterbitkan:  Sep 6, 2022 9:05 AM
Dikemaskini: 1:05 AM

Sebanyak 1,486 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan semalam - angka terendah sejak 2 Jun lalu.

Kes aktif kini berjumlah 27,546, turun 22.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes jangkitan baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Kuala Lumpur (340)

Selangor (315)

Sabah (159)

Perak (111)

Sarawak (71)

Johor (70)

Pulau Pinang (65)

Kelantan (64)

Kedah (62)

Melaka (59)

Pahang (50)

Terengganu (46)

Negeri Sembilan (37)

Putrajaya (30)

Perlis (7)

Labuan (0)

Sebanyak empat lagi kematian direkodkan semalam, dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).

Kes-kes ini dilaporkan di Johor (1), Negeri Sembilan (1), Perak (1) dan Selangor (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 6.1 orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak berkenaan berbanding purata 7.6 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,249 kematian direkodkan.

Sebanyak 1,297 pesakit Covid-19 kini dirawat di hospital dengan 79 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (73) diikuti Sabah (70) dan Johor (48).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS