Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,904 kes baru Covid-19, dua lagi kematian
Diterbitkan:  Sep 5, 2022 9:15 AM
Dikemaskini: 1:15 AM

Sebanyak 1,904 lagi kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Kes aktif kini berjumlah 28,961, turun 23.2 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru Covid-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (671)

Kuala Lumpur (328)

Sabah (167)

Perak (165)

Negeri Sembilan (87)

Melaka (84)

Pulau Pinang (77)

Johor (70)

Sarawak (68)

Kedah (50)

Pahang (44)

Kelantan (42)

Terengganu (21)

Putrajaya (18)

Perlis (10)

Labuan (2)

Dua lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan di Johor semalam.

Sepanjang minggu lalu, purata tujuh orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak ini berbanding purata lapan kematian dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini melanda pada Mac 2020, sebanyak 36,245 kematian dicatatkan di seluruh negara.

Pada masa ini seramai 1,286 pesakit Covid-19 menerima rawatan di hospital dengan 73 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (92) diikuti Sabah (74) dan Johor (45).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS