Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sekat Hadi masuk S'wak? Tanya ketua menteri, kata presiden SUPP
Diterbitkan:  Sep 4, 2022 5:55 PM
Dikemaskini: 9:55 AM

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp) Dr Sim Kui Hian menafikan tuduhan Presiden PAS Abdul Hadi Awang bahawa bukan Islam dan bukan bumiputera adalah punca rasuah.

Sim, yang juga timbalan ketua menteri Sarawak, berkata komen menghasut Hadi adalah sebahagian daripada strategi untuk memenangi undi dan bertentangan dengan nilai-nilai di Sarawak.

"Apa yang Abdul Hadi katakan adalah pendapat yang sangat sempit dan bukan nilai semangat Sarawak kita. Itu pendapat beliau sendiri dan ia tidak mewakili Sarawak," kata Sim, sepeti dipetik Borneo Post.

Dia berkata komen Hadi adalah contoh bagaimana parti yang berpusat di semenanjung Malaysia muflis idea.

“Dalam setiap pilihan raya, mereka menggunakan strategi biasa untuk meraih undi kerana mereka bankrap idea.

“Pernahkah mereka memikirkan rancangan masa depan untuk negara seperti yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan GPS kita sekarang melalui pelbagai inisiatif untuk rakyat,” kata Sim.

Ketika ditanya sama ada Hadi perlu dihalang daripada memasuki Sarawak, Sim berkata: "Hanya ketua menteri mempunyai kuasa untuk melarang. Tetapi bagaimana anda tahu dia belum mengenakan larangan itu?"

Ketika ditekan lebih lanjut, Sim menggesa pemberita bertanya kepada Ketua Menteri Sarawa Abang Johari Abang Openg sendiri.

Pada 20 Ogos, Hadi mengeluarkan kenyataan mendakwa majoriti bukan bumiputera terlibat dalam rasuah. Ini telah menyebabkan berpuluh laporan polis dibuat terhadapnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS