Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Akibat tipu pelabur, bekas perunding unit amanah didenda RM2 juta

Suruhanjaya Sekuriti (SC) menegur dan mengenakan denda berjumlah RM2 juta terhadap bekas perunding unit amanah, Harani Kamarudin atas kesalahan menipu pelabur antara November 2012 hingga November 2019, menyebabkan mangsa kerugian RM1.32 juta.

SC dalam kenyataan hari ini berkata sebahagian daripada penipuan yang dilakukan oleh Harani untuk memikat mangsa melabur dengannya antaranya, membuat pernyataan palsu mengenai sifat dan ciri-ciri pelaburan serta jaminan hasil pelaburan dan pulangan tertentu kepada mangsa, yang tidak menjadi kenyataan.

“Ekoran daripada kelakuan dan tindakannya, beliau telah melanggar Seksyen 354(1)(b)(iii) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) yang dibaca bersama peruntukan Kod Etika dan Peraturan Kelakuan Profesional Persekutuan Pengurus Pelaburan Malaysia (Dana Unit Amanah).

“Penemuan pelanggaran dan sekatan yang dikenakan ke atas Harani dibuat selepas melalui proses sewajarnya termasuk memberikan peluang kepadanya untuk menjawab mengenai kesalahan itu dan keputusan SC,” menurut kenyataan itu.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS