Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
2,356 kes baru Covid-19, sembilan lagi kematian
Diterbitkan:  Sep 2, 2022 10:53 AM
Dikemaskini: 2:53 AM

Sebanyak 2,356 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kes aktif kini berjumlah 31,463, turun 26.4 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (775)

Kuala Lumpur (479)

Sabah (227)

Perak (175)

Negeri Sembilan (127)

Pulau Pinang (104)

Melaka (97)

Johor (86)

Sarawak (62)

Pahang (59)

Kelantan (49)

Kedah (42)

Terengganu (28)

Putrajaya (25)

Labuan (11)

Perlis (10)

Sembilan lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan tiga kes berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).

Kes kematian ini dilaporkan di Selangor (3), Sarawak (2), Pahang (1), Perlis (1), Pulau Pinang (1) dan Sabah (1).

Sepanjang minggu lalu, purata 5.7 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 8 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu, menunjukkan penurunan.

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,225 kematian direkodkan.

Pada masa ini seramai 1,285 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 74 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (90) diikuti Sabah (72) dan Johor (42).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS