Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rosmah menangis, dakwa dirinya tidak bersalah
Diterbitkan:  Sep 1, 2022 5:28 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Suasana suram menyelubungi Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini apabila Datin Seri Rosmah Mansor menangis ketika memaklumkan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa beliau tidak bersalah kerana tidak pernah terfikir untuk menggelapkan wang negara.

Rosmah, 70, yang kelihatan begitu emosional ketika memberikan kenyataan dari kandang tertuduh, berkata beliau adalah mangsa dalam kes ini kerana tidak pernah meminta rasuah.

“Saya harap Yang Arif akan menimbang fakta bahawa saya adalah seorang wanita yang terpaksa mengambil alih peranan seorang lelaki di rumah saya. Yang Arif, pandanglah saya sebagai seorang wanita dengan sedikit belas kasihan dan perikemanusiaan.

"Saya tidak pernah menyentuh wang itu meskipun ketika berada dalam Bakti (Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri).

“Saya tidak kenal (bekas Pengarah Urusan) Jepak Holdings (Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin)… Saya tidak pernah minta wang itu. Tiada siapa nampak saya mengira wang itu.

“Bagaimanapun, saya hormati keputusan Yang Arif tetapi saya ingin meninggalkan mahkamah ini dengan kenangan yang baik-baik. Saya telah membentuk sebuah mahkamah khas untuk kanak-kanak (bagi kesalahan seksual).

“Tiada sesiapa pun (sebelum ini) yang memikirkan tentang nasib penagih dadah dan duduk berbincang dengan pihak kerajaan serta sektor swasta serta mengguna pakai idea Unicef untuk bermula dengan kanak-kanak dari bawah,” katanya ketika merayu hukuman ringan.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata beliau sentiasa bercakap benar.

"Saya sentiasa bercakap benar. Ini yang saya percaya dan yang saya perturunkan kepada anak-anak program Permata.

"Yang Arif, saya mahu mereka mempunyai akhlak yang baik dan itulah sebabnya mengapa kerajaan mewujudkan Permata, Permata Kurnia dan menangani isu yang dihadapi oleh golongan belia termasuk mereka yang tinggal di pangsapuri kos rendah.

"Saya gembira dapat menyumbang kepada negara … saya ingin membawa kanak-kanak di negara ini ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Rosmah juga berkata beliau adalah Pengerusi Persatuan Badminton Malaysia dan tidak pernah terfikir untuk mengambil wangnya.

"Saya tidak pernah mempengaruhi suami saya,” katanya.

Pada satu peringkat, Rosmah dengan linangan air mata berkata seluruh keluarganya sengsara dengan apa yang menimpa mereka.

"Saya adalah seorang mangsa. Ia mungkin berlaku kepada anak-anak kamu," katanya sambil menambah beliau menyerahkan segalanya kepada Allah.

Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu berkata beliau sentiasa bercakap benar.

"Saya sentiasa bercakap benar. Ini yang saya percaya dan yang saya perturunkan kepada anak-anak program Permata. Yang Arif, saya mahu mereka mempunyai akhlak yang baik dan itulah sebabnya mengapa kerajaan mewujudkan Permata, Permata Kurnia dan menangani isu yang dihadapi oleh golongan belia termasuk mereka yang tinggal di pangsapuri kos rendah.

"Saya gembira dapat menyumbang kepada negara … saya ingin membawa kanak-kanak di negara ini ke peringkat yang lebih tinggi," katanya.

Rosmah juga berkata beliau adalah Pengerusi Persatuan Badminton Malaysia dan tidak pernah terfikir untuk mengambil wangnya.

"Saya tidak pernah mempengaruhi suami saya,” katanya.

Pada satu peringkat, Rosmah dengan linangan air mata berkata seluruh keluarganya sengsara dengan apa yang menimpa mereka.

"Saya adalah seorang mangsa. Ia mungkin berlaku kepada anak-anak kamu," katanya sambil menambah beliau menyerahkan segalanya kepada Allah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS