Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamed Zaini Mazlan menolak permohonan Rosmah Mansor agar dia digugurkan daripada mengadili perbicaraan kes rasuah projek tenaga solar hibrid membabitkan bekas isteri perdana menteri itu.

Justeru Mohamed Zaini akan kekal menyampaikan keputusan berhubung kes berkenaan.

Dua hari lalu, Rosmah memfailkan permohonan di saat akhir agar Zaini menarik diri daripada mengadili kes berkenaan berikutan dakwaan kebocoran draf penghakiman yang mendapati dia bersalah atas tiga pertuduhan rasuah.

la susulan pendedahan blog, Malaysia Today yang menyebut bahawa bukan Zaini yang menyiapkan keputusan penghakiman kes, sebaliknya pihak lain bagi dirinya.

Ketika menolak permohonan untuk menggugurkan dirinya daripada kes itu, Zaini berkata, draf penghakiman tersebut adalah pendapat daripada Bahagian Penyelidikan.

Katanya, dua dokumen yang kononnya draf penghakiman kes solar dihadapi Rosmah itu tidak disediakan untuknya atau diminta olehnya.

Justeru, dia tidak pernah membaca pendapat berkenaan dan memaklumkan bahawa dirinya melakukan penyelidikannya sendiri.

Mahkamah akan menyampaikan keputusan berhubung pertuduhan terhadap Rosmah yang didakwa meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang Samsuddin, melalui bekas pegawai khasnya, Rizal Mansor.

Kesalahan itu didakwa dilakukan sebagai balasan bagi membantu syarikat tersebut mendapatkan Projek Sistem Solar Bersepadu Photovoltaic (PV) dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset / Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS