Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Banjir Pakistan: S'pura derma Palang Merah AS$50,000

GLOBAL | Kerajaan Singapura akan menyumbang AS$50,000 sebagai menyokong usaha mengumpul dana awam Palang Merah Singapura (SRC) untuk krisis kemanusiaan akibat bencana banjir di Pakistan, menurut Kementerian Luar republik itu.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan sumbangan Kerajaan Singapura akan menambah ikrar SRC sebanyak AS$50,000 untuk menyokong keperluan segera termasuk makanan, tempat perlindungan kecemasan, penyelesaian air bersih dan sanitasi, dan barangan kebersihan kepada komuniti terjejas.

Pakistan pada 26 Ogos dilaporkan merayu bantuan antarabangsa bagi menangani bencana banjir yang menyebabkan lebih 30 juta orang kehilangan tempat tinggal.

Negara itu mengalami lapan kitaran hujan lebat pada musim tengkujuh, kata Menteri Perubahan Iklim Pakistan Sherry Rehman.

Pakistan lazimnya hanya mengalami tiga hingga empat kitaran hujan monsun.

Menurut laporan Agensi Anadolu, sepanjang 24 jam yang lalu, 36 orang terkorban di seluruh Pakistan, menjadikan jumlah keseluruhan korban seramai 1,162.

Daripada jumlah kematian terbaharu itu 19 dilaporkan dari kawasan selatan wilayah timur laut Punjab.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA), sembilan korban dilaporkan di wilayah Khyber Pakhtunkhw dan selebihnya di Sindh dan di Balochistan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS