Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Empat beranak termasuk bayi maut kemalangan di Kota Tinggi

Empat beranak termasuk bayi berusia sembilan bulan maut apabila motosikal yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori di Jalan Kampung Semanggar Dalam dekat Kota Tinggi, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kejadian yang berlaku pada 1.20 tengah hari itu, menyebabkan kesemua mangsa terdiri daripada suami isteri berusia 39 dan 27 tahun serta anak lelaki berusia lima tahun dan bayi perempuan tersebut maut di tempat kejadian.

“Lelaki terbabit gagal mengawal motosikal Yamaha LC 135 yang ditunggang semasa melalui selekoh dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

“Akibat daripada pelanggaran itu, penunggang dan kesemua pembonceng cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya pemandu lori terbabit tidak mengalami kecederaan dan lelaki berusia 31 tahun itu tidak ditahan serta tiada sebarang rekod kesalahan trafik.

Dia berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS