Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kenyataan 'Azmin tikam belakang' oleh Rafizi tidak wajar
Diterbitkan:  Aug 30, 2022 1:13 PM
Dikemaskini: 7:05 AM

Pemuda Bersatu mengecam kenyataan Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli terhadap ahli Majlis Tertinggi Bersatu Azmin Ali pada konvensyen pilihan raya umum ke-15 PKR (PRU15) pada Sabtu lalu.

Dalam kenyataan hari ini, ahli jawatankuasa eksekutif Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata kenyataan Rafizi itu adalah tidak wajar dan berdasarkan kebencian.

"Jelas sekali Rafizi masih belum beralih daripada perbalahan politik untuk memikirkan penyelesaian masalah rakyat.

"Rafizi menunjukkan kepada negara betapa dia berasa tidak selamat dan takut dengan bayang-bayangnya sendiri.

Harris Idaham Rashid

"Mungkin Rafizi perlu diingatkan bahawa dialah yang merajuk dan menghilangkan diri selepas PRU14,” katanya dengan merujuk bekas ahli parlimen Pandan itu hanya kembali ke politik baru-baru ini untuk "menimbulkan lebih banyak huru-hara" dalam PKR.

Dia berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rafizi yang menasihatkan ahli parti supaya tidak menikam belakang seperti yang dilakukan oleh Azmin.

Rafizi merujuk kepada Langkah Sheraton dengan Azmin bersama 11 ahli parlimen PKR lain berpaling tadah kepada Bersatu, sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang pada 2020.

Bagaimanapun, Harris mendakwa bahawa tekanan presiden PKR Anwar Ibrahim ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad adalah punca yang membawa kepada Langkah Sheraton.

"Rafizi perlu menghentikan retorik lapuk dan perlu menasihati Anwar supaya berhenti merancang urusan belakang dengan kluster mahkamah untuk menjadi PM.

"Rafizi perlu mengakui bahawa presidennya sendiri, Anwar, yang memberikan tekanan mutlak kepada Mahathir dalam obsesi gilanya untuk menjadi perdana menteri, yang tidak dapat dielakkan sehingga membawa kepada Langkah Sheraton.

"Nasihatkan presiden kamu sendiri untuk berhenti membuat perjanjian rahsia untuk mendapatkan bilangan. Seluruh negara telah mendengar rakaman panggilan telefon antara Anwar dan (Presiden Umno) Ahmad Zahid Hamidi apabila Anwar cuba mendapatkan sokongan kluster mahkamah,” katanya.

"Mengapa Rafizi membisukan dalam perkara itu?" soalnya.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS