Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
1,946 kes baru Covid-19, dua meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 30, 2022 9:46 AM
Dikemaskini: 1:46 AM

Sebanyak 1,946 kes jangkitan baru Covid-19 direkodkan di seluruh negara semalam.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM), kes aktif kini berjumlah 31,568, turun 22.5 peratus berbanding 14 hari lalu.

Kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Selangor (673)

Kuala Lumpur (246)

Sabah (180)

Perak (139)

Kelantan (99)

Kedah (86)

Johor (85)

Melaka (85)

Negeri Sembilan (83)

Pulau Pinang (72)

Terengganu (54)

Sarawak (53)

Pahang (45)

Putrajaya (39)

Perlis (7)

Labuan (0)

Lapan lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam membabitkan empat kematian di Johor dan empat lagi kematian di Selangor.

Sepanjang minggu lalu, purata 7 orang dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, manakala purata 8 orang meninggal dunia dalam tempoh 30 hari lalu.

Sejak wabak ini melanda negara pada Mac 2020, sebanyak 36,206 kematian direkodkan.

Sebanyak 237 kematian Covid-19 dilaporkan setakat bulan ini berbanding 204 kematian pada Julai dan 89 pada bulan sebelumnya.

Pada masa ini seramai 1,312 pesakit Covid-19 dirawat di hospital dengan 75 daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Jumlah kemasukan tertinggi ke hospital semalam dicatatkan di Selangor (117) diikuti Johor (59) dan Sabah (52).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS