Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib tenang, guna masa di penjara mencatit pendapat
Diterbitkan:  Aug 29, 2022 4:56 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Setelah menghabiskan seminggu di penjara, bekas perdana menteri Najib Razak hari ini berkata sekarang dia menghabiskan sebahagian besar masa untuk menulis buah fikirannya.

Dalam nota ringkas yang disampaikan melalui anak perempuannya Nooryana Najwa, ahli parlimen Pekan itu berkata ia satu-satunya cara dia boleh menyampaikan pesanannya sekarang walaupun tertangguh.

"Gina (Nooryana Najwa) beritahu saya ramai yang bertanya khabar dan keadaan saya. Buat masa ini saya dalam keadaan sihat, baik, tenang. Alhamdulillah.

"Saya berpeluang berjumpa peguam dan keluarga saya mengikut masa yang dibenarkan. Bertanya juga mengenai perkembangan isu-isu semasa sambil berbincang mengenai urusan mahkamah.

"Saya juga banyak menggunakan masa saya untuk catit pendapat saya dan serahkan kepada peguam atau keluarga saya untuk dikongsi dengan semua.

"Mungkin akan ada kelewatan sedikit tetapi apa dayanya. Inilah sahaja yang saya dapat buat," katanya.

Mesej Najib itu disiarkan di akaun Facebook rasminya petang tadi. Ia telah menarik ribuan komen daripada penyokongnya.

Najib, yang berkhidmat sebagai perdana menteri keenam negara antara 2009 dan 2018, dihantar ke Penjara Kajang pada 23 Ogos untuk memulakan hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan jenayahnya berhubung tujuh pertuduhan yang dikaitkan dengan RM42 juta daripada SRC International .


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS