Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Tiada kerjasama dengan PN, menang kalah belakang kira - Rafizi

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata Pakatan Harapan (PH) tetap tidak perlu mewujudkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Rafizi berkata perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat PH yang diadakan pada Rabu lepas.

"Mesyuarat PH pada Rabu lepas sudah buat keputusan noktah. Maksudnya kita akan terus berkempen dalam PRU15 sebagai PH,” katanya kepada pemberita selepas program Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di Seremban malam tadi.

Katanya, PKR sebagai tulang belakang PH berpegang kepada prinsip satu gabungan melibatkan semua kaum di negara ini, dan sekiranya niat gabungan bersama PN tidak betul iaitu hanya menggunakan alasan untuk menumbangkan BN, ia akan mewujudkan satu kerajaan yang tidak stabil.

“Menang atau kalah belakang kira, kami (PKR) mahu pertahankan idealisme kami. Tetapi saya tidak boleh bercakap bagi pihak DAP dan Amanah (Parti Amanah Negara).

“Mereka pimpinan senior berpengalaman berpuluh tahun, terpulang kepada mereka...saya hanya berpegang kepada keputusan di peringkat PH iaitu noktah (tiada kerjasama dengan PN)," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata semua pimpinan parti pembangkang perlu mempertimbangkan membuka semula pintu rundingan dengan PN, jika masing-masing sepakat bahawa musuh utama dalam PRU15 adalah BN.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS