mk-logo
Berita
Kebakaran hutan: Mahkamah Indonesia denda syarikat M'sia RM60 juta
Diterbitkan:  Aug 28, 2022 8:00 PM
Dikemaskini: 12:00 PM

Mahkamah Agung Republik Indonesia mengekalkan denda RM60 juta terhadap PT Rambang Agro Jaya, anak syarikat Malaysia Kulim Berhad.

Mahkamah Agung Republik Indonesia mengekalkan denda RM60 juta terhadap PT Rambang Agro Jaya, anak syarikat Malaysia Kulim Berhad, atas kesalahan menyebabkan kebakaran hutan di negara itu.

Penolakan mahkamah terhadap rayuan PT Rambang diumumkan di laman web pendaftar mahkamah pada Jumaat lepas.

Kes terhadap ladang kelapa sawit itu dibawa oleh Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, yang menyiasat PT Rambang atas kebakaran hutan dan tanah yang berulang setiap tahun di Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan.

Jurucakap mahkamah, Andi Samsan Nganro berkata keputusan yang dikeluarkan pada Selasa lepas (23 Ogos) berdasarkan permohonan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan.

Dia berkata Mahkamah Agung Indonesia mendapati PT Rambang "jelas melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang" merujuk kepada kebakaran hutan setiap tahun berkeluasan 500 hektar itu.

“Atas dasar itu, mahkamah menolak rayuan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mahkamah Agung mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan untuk menaikkan denda kepada RM60 juta.

Dilaporkan dalam media Indonesia bahawa keputusan untuk menaikkan denda daripada RM41.3 juta kepada RM60 juta berdasarkan kos, termasuk kerosakan ekologi, kerugian ekonomi, kos untuk penanaman semula, dan kos pembaikan sistem hidrologi di tanah gambut.

Its chairperson and non-independent director since May this year is former chief secretary of the government Ismail Bakar, who served from 2018 to 2019.

Menurut laman webnya, Kulim Berhad telah disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1975. Ia menjadi anak syarikat milik penuh JCorp (Johor Corporation) sebelum dinyahsenarai pada 2016.

Kulim Berhad menyatakan ia sebuah syarikat Malaysia yang terlibat dalam perniagaan perladangan kelapa sawit, pegangan pelaburan dan pelaburan hartanah di negara ini.

Mempunyai pengalaman industri selama 89 tahun, Kulim Berhad mempunyai tanah seluas 63,158 hektar di seluruh Malaysia dan Indonesia yang dipetakan di portalnya.

Di Indonesia, satu-satunya anak syarikatnya ialah PT Tempirai Palm Resources, juga terletak di Sumatera Selatan.

Pengerusi dan pengarah bukan eksekutif bukan bebas Kulim Berhad sejak Mei tahun ini ialah bekas ketua setiausaha kerajaan Ismail Bakar, yang berkhidmat dari 2018 hingga 2019.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS