Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sehelai tali leher daddy - Anak imbau komitmen Najib pada rakyat
Diterbitkan:  Aug 27, 2022 6:37 PM
Dikemaskini: 12:58 PM

Meskipun hiba, Nooryana Najwa anak perempuan kepada bekas perdana menteri Najib Razak kelihatan bersemangat ketika berucap pada majlis Taklimat Khas Presiden Umno hari ini.

Nooryana menitiskan air mata apabila menunjukkan tali leher kegemaran bapanya yang diminta Najib untuk disimpannya.

"Saya amat terharu dengan ramai yang berkumpul untuk beri sokongan kepada daddy Bossku," katanya di Dewan Merdeka WTC di Kuala Lumpur hari ini.

"Hari ini juga kali pertama dalam tempoh 46 tahun daddy tidak dapat menghadiri himpunan parti.

"Kami serahkan kepada Allah untuk menjaga daddy," katanya.

Menurut Nooryana, ibunya Rosmah Mansor selalu berkata bahawa "rakyat umpama oksigen untuk daddy."

"Yang penting beliau lakukan yang terbaik untuk rakyat," katanya lagi.

Nooryana ketika berucap juga mengimbau komitmen bapanya sebagai pemimpin politik kepada rakyat.

"Kalau ada kerja biasa macam orang lain, daddy (kata dia cuma) boleh bantu beberapa orang saja.

"Tetapi sebagai ahli politik daddy boleh ubah bantu jutaan rakyat Malaysia.

"Itulah daddy saya Najib Razak yang telah berkorban 46 tahun," katanya lagi.

Kata Nooryana, bekas perdana menteri itu tidak sepatutnya menghabiskan masanya dengan melalui pemenjaraan.

"Tetapi malangnya hari ini daddy bersendirian. Daddy sudah berumur hampir 70 tahun," katanya.

"Kita tidak berhenti mencari keadilan sehingga Bossku kembali ke pangkuan kami," tegasnya.

Ribuan ahli Umno membanjiri taklimat Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang dilihat sebagai majlis solidariti kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Turut hadir isteri Najib, Rosmah Mansor dan peguam bekas perdana menteri itu, Muhammad Shafie Abdullah dan Zaid Ibrahim.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS