Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Himpunan #ManaKapalLCS: Setiausaha Agung Muda didakwa esok

Setiausaha Agung Muda, Amir Abdul Hadi, akan didakwa esok mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 esok ekoran pembabitannya dalam protes pada 14 Ogos lalu.

Dia dihadapkan ke mahkamah berhubung perhimpunan bagi mendesak kerajaan menjelaskan kegagalan pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang setakat ini menelan belanja kira-kira RM6 bilion

Ketika dihubungi, Amir mengesahkan dia bakal didakwa mengikut Seksyen 9(5) APA kerana gagal mengemukakan notis kepada polis sekurang-kurangnya lima hari sebelum perhimpunan diadakan.

“Saya tidak terkejut, tetapi saya kecewa.

"Sepatutnya tidak ada sesiapa yang didakwa hanya kerana menyertai perhimpunan aman," kata Amir kepada Malaysiakini.

Seksyen 9(5) APA menyatakan seseorang yang disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Sementara itu, Ketua Penerangan Muda, Luqman Long, berkata satu perhimpunan untuk menyatakan kebersamaan mereka dengan Amir akan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok.

Sebelum ini satu perhimpunan dikenali sebagai #ManaKapalLCS diadakan di luar kompleks beli-belah Sogo menyaksikan kira-kira 200 orang menyertainya.

Tiga hari kemudian, polis menyoal Amir dan 12 individu lain yang menyampaikan ucapan semasa perhimpunan yang berlangsung kira-kira satu jam itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS